Saturday, November 10, 2012

Shark Alarm open.

hai dear bloggistt, lama sudah tak bersua kan. well tak sempat nk menulis. or dlm erti kata lain, tak tau nk menulis apa. hihihi recently, eh recently ke? hmm beberapa minggu yg lepas lah, almost 3 weeks ago aku join tourney frisbee. err frisbee lagi kan? haha well aku suka citer pasal frisbeee. sukati lah kan. hehe

tourney kali ni kat Shah Alam. this is first open tourney yg aku seriusssss sgt nak main. acually i really really want to play well and win. semangat lah kononnya kan. huhu tapi mungkin nasib tak menyebelahi. dgn tak cukop preparation dan pelbagai dugaan yg menimpa sebelum pergi kan. tapi apa pown seronokk sbb aku dah all out. mungkin lepas ni kena kerja keras sket utk improved bahagian bahagian yg kurang. tapi tak sure lah lepas nie dorang nk hantar team lagi ke takk. since everybody pown dah tak semangat jer. tinggal aku sorang jer yg asikk nak main. so sad :( kalo dorang sume dah taknak main, mungkin aku bawa diri masuk team lain maybe? hihihi tak kisah lah mcm mane. apa pownn i Love to play frisbeeee ever >.<

this is the team #Predator #loveever

Friday, September 14, 2012

Aidilfitri. 2012

Syawal bakal melabuhkan tirainye beberapa hari lagi. sekejap je rase. sekejap jer Ramadhan berlalu, kini Syawal pown bakal meninggalkan kita kan. hehe mcm mane aidilfitri semua? mesti best kan? aku rase aidilfitri kali ni lah aku plg puas sekali beraya. sebabye dapat beraya kat kampung, dapat pegi ke rumah sedare mare, dapat beraya bersama rakan-rakan skolah yg dah bertahun tak jumpa. mmg puas lah. raya sakan. hope hari raya korang pown seronok seronok belaka yer. tak mahu bercakap banyak. just nak share foto suasana riang ria beraya tahun nie. :)




hari raya bersama keluarga di kampung dan rumah saudara mara :)



konvoi raya with rakan-rakan SMKAS. pegi wedding Izzah ngan Nabilah skali. konvoi plg best. dua puluh dua kereta tauu. seronok dapat jumpa bestieee aku yg bertahun tak jumpa tuu.



ni beraya bersama bestiee aku from SMKAJB. dua hari tau. in JB and BP. Asal gambar yg atas tu aku nampak gemokk =.="


supposed sampai dekat wedding Pijie. our coach for Frisbee. tapi kereta rosakk. wuwuuuu sedih. konvoi raya yg tergendala. not much picture. huhu


macam macam kenangan manis pahit dalam raya 2012 nie. semoga berpeluang utk menikmati kemeriahan hari raya lagi~ :)♥ 

Friday, August 17, 2012

Yang terakhir. T_T

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. selesai juga menunaikan solat terawih yg terakhir utk tahun ini. ye. yang terakhir. bila mengenangkan ini adalah yg terakhir. tiba-tiba terasa sayu pula. sayu mengenangkan Ramadhan yang mulia bakal melabuhkan tirai nye. bakal meninggalkan kita utk satu tempoh yg panjangnye setahun. setahun tau. setahun yg macam macam boleh berlaku didalamnya.

bila dikenang kenang, adakah kita telah memanfaatkan Ramadhan kali ni dengan sebaiknya. adakah segala amal ibadah, bahkan puasa kita diterima oleh Allah ataupun hanya sekadar sia-sia. adakah kita telah menjadi insan yang lebih baik dari yg sebelumnya. dan yg paling penting adakah kita masih berpeluang utk bertemu lagi dengan Ramadhan yg mulia ini atau barangkali ini yg terakhir buat kita. ye yang terakhir. sebak bila memikirkannya. terasa basah pipi.

besok adalah hari terakhir dalam bulan Ramadhan. seterusnya kita akan menyambut pula hari kemenangan iaitu Syawal yg sering sahaja dinanti-nanti. persoalannya adakah kita layak utk menyambut kemenangan itu atau hakikatnya kita masih lagi kalah kerana Ramadhan yg berlalu langsung tidak terkesan buat diri kita. Ya Allah, terimalah segala usahaku dalam bulan Ramadhan ini, dan izinkan aku utk bertemunya semula. sungguh Ramadhan bakal dirindui lagi.

besok akan pulang ke kampung utk beraya bersama nenda tercinta. satu-satunya nenda yg tinggal. ye yang terakhir juga. justeru utk semua yg pulang berhari raya, aku nak ucapkan Selamat menyambut hari raya bersama insan-insan tersayang. Mohon maaf atas segala keterlanjuran kata dan tingkah laku. moga sama-sama dapat menjadi insan yg lebih baik. Salam Lebaran utk semua~





Sunday, August 12, 2012

Another 12 August.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. setinggi kesyukuran ke hadrat Illahi yang mengizinkan usia sepanjang ini. tak sangka dah dua puluh dua tahun. walaupun org masih pandang aku seperti baru berusia dua belas tahun. kekeke. arini? ape yg aku buat arini? huhu mengenang kembali ape yg aku lalui sepanjang 22 tahun hidop ni. mengimbas kembali apa yg berlaku pada 12 ogos sepanjang 22 tahun yg lalu. huhu first thing first, mestilah aku lahir ke dunia kan. hehehe

aku ingat lagi mase kecik kecik dulu. aku selalu jeles dgn budak budak yg dtg skolah bwk kek. bwk goodies bgi kat kawan-kawan sempena bezday dorang. korang tau tak impian budak kecik aku adalah utk mengadakan bezday party? tau tak? tapi dulu hidup family belum sng lagi. jadi tak mampu. ada satu ketika tu aku ajak kwn2 aku dtg rumah pas balik ngaji kate "arini bezday aku, dtglah rumah" well konon-konon mcm ada party besar besaran kan. walhal langsung takde. bile dorang dtg wat muka pelik sbb no cake, no balloons, tapi mujur lah ayah aku ok, buatkan air oren, dan hidangkan jajan-jajan ape yg ada kat umah. dah lah mase tu mak aku bru je bersalin adik aku yg no 5 mase lapan ogos. see, betapa eagernyer seorang aku utk mempunyai bezday party. *kes pengaruh cerita tv juga mungkin*

pengalaman mengajar kan. bila aku dah besar sket, aku pown dah paham kedudukan family time tu. so takdelah mengharap sgt. cukoplah bile parents beli kek kecik, nyanyi lagu bezday, wat air oren utk family ajer. takde party besar2 pown takpe. yg penting dorang tak lupa bezday aku. hehe tapi mase aku darjah lima, impian aku nk adakan birthday party tercapai juga. dua kali parents aku buat sambutan hari jadi utk aku. tapi since bezday adik2 perempuan aku tak bape jauh dgn aku, jadi kitorang sambut sekali. bygkan betapa seronoknyer aku mase tu. rase mcm impian kanak-kanak aku tercapai. walaupun hanya dua kali, aku dah rase cukop, at least pernah buat party besar-besaran kan. walaupun takdelah besaran mane. kos mahal tuu. hehehe

bila dah masuk skolah menengah, takdelah nk ada bezday party sgt. maklumlah dah besar konon-kononya. lagipown time tu dah duk ostel. so life byk bersama dgn member-member ostel. but apa yg aku tak boleh lupa time bestfriend2 aku buat suprise party. aku tak expect pown. lagipown aku kan jenis yg tido awal, so mcm bese lah tido awal. pastu member aku kejut ajak pegi dorm die konon2 nak bagi something. die bagi kad, then ajak aku lepak dekat meja batu. bila sampai jer, *suprised!!* aku tak tau aku pk ape, rase seronok, eksaited, terharu sume ada. ada kek, mee ngan air sirap kantin, dan kad bezday bunyik bunyik. haha mmg aku treasure sgt ape yg dorang buat time tuuu. mmg aku tak pernah dan tak akan lupa kot. seriusly.

then, bila masuk zaman universiti mase diploma. dekat u mmg bese lah budak budak yg sambut bezday kena prank. kena baling bedak, baling tepung, baling telur, baling air. nasib baik aku tak pernah kena baling telur. mujur lah jugak kawan-kawan aku kat bukan jenis yg kejam harok. so, guna menda bese2 je, tepung, bedak, air. ada tuu aku dgr siap kena air milo basi. euwwwww. tapi yg plg ingat time kelab foto buat suprised juga. as usual, mlm tu ada kelas foto. tak expect pown. suddenly jer ada montaj for me, and then cake and present. dlm montaj tu pulak rekod perbualan budak budak ni dgn mak aku. touchy kot. lagi unexpected. thanks a lot kepada kwn2 foto n juga big bro yg buat montaj tu. masih ada lagi kot cdnye. kang nak tgklah. mengimbau kenangan. hehehe

itulah antara peristiwa peristiwa manis yg berlaku mase 12 Ogos. yg paling aku ingat dan takleh lupa. kenangan-kenangan terindah aku. hehe mengimbau kembali semua yg aku dah lalui sepanjang 22 tahun hidup ni. All the blood and tears, all the hard time, all the sweet things, all the laugh and smiles, all the achievement i avhieved, all the things i want that i can and can't have, and all the things that i face through, there is no other else to be thanked for. Thank you Allah for all the blessing during this 22 years journey. harapan aku, semoga usia yg berbaki dapat aku gunakan utk terus berbakti dan menyumbang. dan menjadi insan yg terbaik. Insya'Allah :)







Tuesday, July 31, 2012

Friday, July 27, 2012

Tintec T-test '12

halu halu. hai. pos tertunda. akhirnya ada juga mase nak update disini. dah dkt dua minggu program tintec nie berlalu. best! bkn best sbb ape. best sbb dapat family angkat yg best. hehe kalo ikotkan aktiviti yg dijalankan, aku rase xsume aktiviti aku join. kekeke plg best fixie ngn sukaneka jer. itupown yg aku fully involved. lain lain takde. haha aku excited pegi tintec ni bukan sbb ape, sbb dia buat kat Terengganu jer. actually aku mmg dah lame teringin nak pegi Terengganu. cuma takde alasan jer nak ke sane. hehe lagi satu, Terengganu lah satu-satunyer negeri kat semenanjung yg aku belom pernah jejak. sbb tu lah excited. hehe

memandangkan aku masuk under KSR. so aku join aktiviti berkaitan sukan jer. mula-mula konvoi fixie. actually aku nk naik fixie, tpi tetiba fixie tak cukop pulak. last last aku naik motor. tapi aku tgk bdk naik motor lagi ramai dari naik fixie. kekeke after that kena handle explorace pulak. mcm2 ragam. tapi org kampung paling sempoi. enjoy jer. mlm pulak ada malam kebudayaan. kitorang kena buat persembahan. budak KSR buat muzikal pentomen aci aci bukak pintu. aku ngn dell pegang watak penting. jadi pintu. haha tpi not bad juga lah persembahan tuh.

family aku best. suka bawak jalan. aku dpt sama family dgn nana. nasib org dah kenal. :D ari first dorang bawak kitorang pegi makan nasi dagang, pastu pegi jalan area pasar payang. ari kedua pulak, bawak pegi mkn kat kedai air gelas besar. kat sini aku try rasa mkn laksa Terengganu. sedap!! mase kat sini, aku makan masakan Terengganu jer. aku plg suka bubur lambuk. sedap gilerrr. bertambah2 aku makan. tapi aku tak minat rojak kateh. huk huk lepas mkn, dorang bawak pusing2. dpt lah aku tgk stadium yg runtuh, pastu UMT dan juga Unisza. bkn sng nk sampai sini kan. hehe kalo ikotkan byk tmpat dorang nk bawak jalan, tapi disebabkan terikat dgn aktiviti yg ditetapkan, takde mase nak jalan. itupun dua malam tu kitorang ponteng tak pegi aktiviti. kekeke

family aku ni ada bela lembu. aku sebenarnye nak tau mcm mane nk menguruskan lembu nie. ada cite-cite nak ternak lembu tau. hehehe tapi bzy dgn aktiviti. nk tlg basuh kandang pown tak dapat. dapat lawat sekejap jer. huhu mak angkat aku ckp, kalo nk puas jalan sane, kena stay plg kurang seminggu. aku mmg berniat nak ke sane lagi. nak pegi pulau-pulau pulak. Insya'Allah kalo panjang umur dan ada bajet. aku mmg suke cuti-cuti Malaysia nie. hehehe ape pown mmg pengalaman yg seronok. :)

mls nk tulis panjang2. nak share gambar sket sket :D


actually ni konvoi fixie, tapi yg naik motor lebih ramai. termasuk lah aku XD

rojak kateh.

air gelas sederhana plus laksa Terengganu.

team KSR.

kandang lembu.

kami bersaudara.

with parents angkat. *bersinar sgt background =.=*

cenderamata dari mak.



Saturday, July 21, 2012

Bulan yg dirindu.

Ramadhan kembali membuka tirai. Alhamdulillah Allah panjangkan umur untuk bertemu lagi dgn Ramadhan yg mulia dan penuh keberkatan nie. mudah-mudahan 30 hari ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya. sama-sama lah kite mengusahakan yg terbaik. salam Ramadhan utk semua :)


Thursday, July 5, 2012

BFF Bestfriend forever ♥

hai. lama aku pk ape nak update dkt sini. cuti ni duk umah saje. so takde ape yg menarik utk dibebelkan disini. tunggulah pas aku balic dari program tintec kat ganu nanti, mesti byk menda nk citer. kekeke topik arini? bestfriend forever, yes bestfriend forever. aku rase sume org pown ada kawan yg merupakan bff ever n ever kan. so kat cni aku nak ckp pasal salah sorang bff aku. :)

she is my bestfriend since my secondary school. die sorang je kawan aku dari skolah rendah yg keep close ngn aku sampai sekarang. hehehe so no wonder lah die bff aku kann. heeee actually aku dah lame kot tak jumpe die. walaupun sama-sama duk PG. yelah aku belajar, die pulak bekerja. nk tunggu weekend aku balik baru leh jumpa. tapi masalahnyer kalo aku balik weekend pown tak sempat nk jumpa. heeee kena tunggu cuti panjang jugakk. then, last sunday dapat jugak aku hang out dgn die setelah beberapa lama. memandangkan die dah bekerja kan, sume die nk belanje. segan i. haha actually die nk ajk aku kuar lagi but aku ada tintec pulakk kan. next lah tunggu kuar berbuka sesame time Ramadhan nanti. hehehe :D

KFC Flaming Crunchy. nyummy >.<

syok sgt berjalan sampai lupa nk amek gambar together. dah balik baru amek. so agak comot disituu. kekeke (aku tak gelap ok, die yg putih) XD

supposed nak beli cincin yg sama, but cincin yg suit ngn aku, tak suit pulakk dgn dia, same goes to her, so terpakse amek yg different but we both have one :)

my bff Amy ♥ hello pretty! >.<



Saturday, June 23, 2012

A year ended.

woah. dah abes dah sem 2 aku. dah abes dah tahun 2 aku. dah setahun dah berlalu. dah setahun aku kat UTM skudai. dah setahun aku meninggalkan life Kuala Lumpur. dah setahun. cukop setahun. ayat yg sama akan di ulang "cepatnye masa berlalu". ya mmg cepat pown. setiap kalinya pown terasa cepat. lebih cepat kalo sesuatu tu terasa begitu indah. yup! sesuatu yg indah itu terasa begitu pantas berlalu. selalu rasa nak mengulanginya lagi dan lagi. sebab yg indah itu taknak dilupakan. rasa ingin sentiasa diputarkan biar terus kekal dan kekal. tapi lumrah, yg lepas tetap lepas. biar dikenang sekuat mana. ia tetap sesuatu yg telah lepas. mudah-mudahan akan ada lagi sesuatu yg indah.yg akan wujud di depan.

rindunya. serius sangat rindu dgn segala kenangan-kenangan. setiap kali kenangan tu diputar. rasa mahu saja waktu diberhentikan. supaya kenangan itu tak terasa semakin menjauh. rasa nak genggam kenangan tu erat erat. tapi kdg kdg rasa tersepit. tersepit antara kenangan kenagan tersebut. wajar atau tidak ia utk terus diingat. atau sudah sampai masa ia dibawa masa dan luput tanpa jejak. aku rindu sejenak waktu dulu. sangat rindu. dan aku menanti apa yg bakal datang. utk disusun menjadi kenangan kenangan yg baru. yang mencipta sebuah cerita hidup. semua yg datang dan pergi. sehingga suatu masa yg akan terhenti. di saat tiada lagi cerita dan kenangan utk dicipta.

aku ingin hidup sebaiknya bersama sisa nafas yg berbaki.



Friday, June 22, 2012

This ♥


a part of our big frisbee family 

Monday, June 4, 2012

All about frisbee X)

minggu kuliah dah abes owhh yeayy, tapi minggu final pulak bakal menjelang, cuak kebebeh pulak rase. huuu risau mcm mane nk menten pointer. carry mark tak byk. sob3 kena perform time final. Insya'Allah u can do it Hikmah! i know u can!!!. Lupakan kejap pasal final skrg nk cite pasal weekend after abes kuliah nie. hohoho

aku boleh kate minggu ni adalah minggu frisbee sbb sbb sbb spent time ngn frisbee family predators yeayy!. sgt seronokk! first on saturday ada inter-UTM frisbee game. walaupun mula-mula mcm tak terasa nk main tapi last-last main jugak. All out u know, smpai koyak2 suar sbb jatuh. tapi satisfied jugak lah sbb johan. lagi satu seronok sbb family predators ramai ngan saling support each other. huhuhu

my team "MOON", i am the manager. hehehe

i got the medal >.<

next on sunday pulak, hangout dgn family predators. actually menda ni dah plan dari awal sem dah nk hangout ramai ramai. Alhamdulillah berjaya jugak dilaksanakan. mula-mula ingat nk wat farewell utk rakan2 predators yg nak grad dah. tapi dorang semua takde sbb ada urusan. tapi apa pown tetap enjoy sbb family frisbee ni mmg sgt awesome! mula-mula pergi main boling ramai-ramai then after that pegi picnic. apa yg lagi best, mknn utk picnic tu kami-kami msk sendiri tau, menu utama adalah spaghetti. hehe walaupun tak dpt nk ke desaru sbb takde waktu yg sesuai, picnic kat hutan bandar je pown dah rase cukop. next time lah plan pegi desaru pulakk. wat bbq skali. hehehe i'm gonna miss this weekend bad much. X)


* i'll upload the picture later k. :)



Saturday, May 19, 2012

hello! i'm back :)

its been a while i didn't update any story here. what a buzy life. OMG buzy lah sangat kan. poyo jer tau. last update 29 march yg lalu. kire dah sebulan lebihh lahh aku tak membuka blog nie. blogspot dah berwajahh baru. so aku mcm blur2 pening pening lalat sket nk menggunanyerr. cisss. i prefer the old one =.="

actually arini adalah beberapa org kawan aku main MUO. ape tu? dlm bahasa ilmiah dia Malaysian Ultimate Open. apa lagi? tournament frisbee lahh. cuma tourney ni adalah open dan melibatkan peserta-peserta luar. gempak tak? gempak tak? aku rase berbangga lah mmber2 dapat join. bukann sng woooo. tapi sedihh sbb tak dapat pegi tgkk. aku dah lahh suka tgk dorang main tourney. sobb3 T.T tapi nk wat cane kan. sokongan dari jauh je lahh. huuuuu

arini pown sebenarnye aku ada program. alasan lain aku tak dapat pegi tgkk dorang main jugakk. huuuu  tambah-tambah lagi program ni aku yg jadi pengarah. fuyoo pengarah tuuuu. mmg takleh escape lahh kan. tapi aku rase byk lagi menda yg aku kena improve. still pengalaman yg baikk utk aku belajar. it not easy to be the "pengarah" i guess. =.=" owhh nanti lah aku post new pasal program nie. nak tunggu gambar2. XD

kalo kire dari arini dah tinggal lagi 2 jer minggu kuliah. dah nak abes dah sem dua. dah setahun aku kat sini :O. cepat kan mase berlalu. semakin meningkat usia, semakin bertambah tanggungjawab. tapi still takde calon nk buat peneman hidup. wakaka kawan-kawan aku ramai juga yg sudah ikat tali pertunangan. bakal-bakal menjadi penyeri hidup insan bergelar suami. ada juga yg dah kawen pown. congratezz for them. moga-moga aku pown nanti dapat jodoh dgn org2 yg baikk juga. (mama asik tanye aku dah ada partner blom. cousin aku pown soh cari cepat2. cehh! mentang2 die dah nak dapat baby =.=" )

tapi apa pown kena start menyusun perancangan hidup. tentukan target. yelah, kite pown tak tau apa yg bakal ditempuhi pada masa depan. berapa lame masa kite ada pown tak tau. cuba nk buat n jadi yg terbaikk ajer selagi mane bernafas kan. goodluck utk kita semua, mudah-mudahan dapat menjadi insan yg boleh berbakti dan menyumbang. Insya'Allah :)

★ lately, post2 aku asik citer pasal frisbee je kan XD
★ akan cuba merajinkan diri semula utk membebel di sini. :)
★ rase mcm nk ubah wajah blog.

hai!! nama saya Hikmah ^^

Thursday, March 29, 2012

frisbee unisel

pehh. lame seh aku tak update blog nie. dah berlumut-lumut dah. huuuu hai semua.! dah nak separuh sem dah aku belajar utk sem dua nie. next week dah start cuti. cepatnyer masa berlalu kan.semakin meningkat usia. semakin byk tanggungjawab yg bakal dipikul. eh? saye dah daftar mengundi! saya adalah rakyat yg bertanggungjawab. kihkihkih

actually byk menda yg aku nk tulis kat cni. tpi disebabkan idea yg seringkali hilang bila aku nk menaip, aku tangguh sampai lah skrg. hmmm okeh entry yg kali ni aku nk citer pasal event pertama yg ada lepas naik sem. haa apa lagi, tourney frisbee lah. kali ni tourney berlangsung kat unisel tapi yg ni utk boboy jer main, gegurl takde. so, yg gegurl ni jadi pengiring,penyokong dan juga cheerleader lahh utk boboy2 yg bermain kali nie. cehhh! huhuhu walaupun tak menang tapi aku takleh lupa lahh moment time nie. seriusly. hahaha mcm bese mls nk citer panjang2. nk share gambar sket2 jer. :)

panaskan badan dulu.

bintang-bintang  ☆  

para gadis. ^^

cik manager yg berdedikasi. my rumate. kikiki

bersama team lawan. :)


serius rindu. T.T

Friday, February 17, 2012

cuti sem #4 Program Pembangunan Modal Insan YBR

belajar, belajar, belajar. sekarang ni bukan sng nak cari penaja utk kita belajar. mcm-mcm syarat kena ikut. dengan saingan yg sgt ramai. yelah sume org pown dah makin pandai-pandai skrg. kena work hard supaya tak ketinggalan. kena work hard jugak supaya dapat result yg baik. barulah mereka yg nak jadi penaja ni yakin kalo nak bagi biasiswa. btol tak? huhu nak mohon biasiswa pown kena dpt result yg super duper punya. aritu mohon JPA pown tak lepas walaupun rase CGPA mase diploma not too bad. mcm aku kate tadi. skrg ni saingan byk sebab ramai org yg bijak bistari. tak dapat JPA, tggu pulak result dari Yayasan Bank Rakyat. yg ni pown aku tak meletakkan harapan yg tinggi. dorang kate susah nak dptkan YBR nie. tapi takpelah, cuba nasib je kan. kalo tak dapat YBR nie, mmg kena amek PTPTN lah. tapi rezeki Allah siapa yg boleh menjangka kan. Alhamdulillah dpt juga YBR nie. tapi bukan sng2 je. kena hadirkan diri dalam program seperti di atas sebagai pra-syarat. mula-mula rase malas pown ada. tapi layankan jer lah. program ni berlangsung selama 5 hari dari 9 feb sampai 13 feb. bykk juga input yg aku dapat. mudah-mudahan leh jadi salah seorang modal insan yg berjaya (^_^)v

my group. kami juara dlm team Aranda.

La La

explorace.

kena isikan matlamat utk setiap tahun. (fasi sbuk nk tau umur bila nk kawen =.=")

lagi-lagi hantu. fasi usik aku leh bantai gelak. takleh serius langsung. tapi ada juga yg mengalirkan air mata.

boria kumpulan Lala kami persembahkan.

persembahan gabungan mokara+aranda = moranda lagu gemuruh.

mokara + aranda = moranda (PMI batch 4)

Aranda. kami hebat!

pesanan utk kawan-kawan. jom belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya dan menjadi seorang yg bermanfaat dan boleh berbakti kepada agama, masyarakat dan negara! *wink2* (^^,)


Thursday, February 16, 2012

cuti sem #3 family BBQ

dah lama rasenyer takk berBBQ bersama keluarga. last kalo tak silap mase pakcik aku dari perak datang ke Johor. so kali ni, kami membuat keputusan utk berBBQ lagi. best tau sebenarnye sbb dpt mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga. bukan selalu dapat berkumpul lagi-lagi bila masing-masing busy kan. tapi kali ni tak cukop ahli sbb adik aku yg blajar di matrik dah balik ke sane. kan dh kate, susah nk dpt berkumpul semua skali. tapi apa pown ttp seronok. menghabiskan masa bersama keluarga mmg best!







i love my family always! ❤