Showing posts with label lain-lain. Show all posts
Showing posts with label lain-lain. Show all posts

Sunday, December 26, 2010

eh, dah besar lah!

adik kecik aku dah berumur 8 tahun pada tarikh 25 Disember 2010
Selamat Hari Lahir lah kepada beliau!

kek sedap! siyess,,
selamat hari lahir!!
nak jugakk masuk gambarr,,
hadiah lumayan!! untung jadi adik kecikk,,,

Friday, December 24, 2010

* Loli *

akhirnya dapat jugakk mengupdatekan blog nie,,yelah sejak modem tiba-tiba wat masalah byk citer yg tergendala,,nak on9 xdapat apatah lagi nek menulis di laman ini kan,,,sajerr jerr,,time ada idea yg mencurah-curah time tu pulak die nk rosakk,,haishhh so skrg nie nak tulis apa yg diingat jer,,,

kat rumah aku ni kan banyak kucing suka dtg,,maklum lahh rumahh yg selesa utk berteduhh,,,cehh! hahaha dalam byk-byk kucing yg dtg tuhh ada lahh sekor yg plg comel,,loli nama dia,,tapi mcm x sesuai nama loli tu sbb die sekor kucing jantan,,hahaha tak tau lah apa yg comel mybe sbb ekor die kmbg2 sket kot,,pastu tmbul lah niat adik aku konon2 nak bela kan,,nak jadikan kucing rasmi rumah nie lah konon-kononyerr,,sibuklah pegi cari sabun kucing nk bagi wat mandi,,yelahh nk pastikan ia bersih sebelum diizinkan menjadi ahli keluarga nie,,bila dah mandi bersih-bersih bwk lahh dia masukkan rumahh,,konon-konon nak mesra-mesra lahh kan,,baru lah tau perangai sebenar kucing tersebut,,ganas gilerr,,org yg men2 ngn die sume kena cakar,,termasukk lahh aku,,cisss,,dah lah gesel-gesel kat kaki aku tiba-tiba gigit,,mmg kena sepakk lahh jawabnyerr kann,,hahaha pastu kucing nie gilerr pelahap,,aku xtau lahh berapa kurun die x mkn,,biskut aku ngh mkn pown die nak curi,,xde ethics langsung,,last-last mak aku kata x payah lahh bela,,menyusahkan jer,,so x jadi lahh dia kucing family,,jadi kucing yg tumpang berteduh jerr..padan muka!,,,-TAMAT-

 kucing jahat bernama loli,,

kesan cakaran ( sket jer tapi xcomel dah tau tgn ada parut! )

Friday, December 17, 2010

"destiny"

belajar daripada kehidupan orang, dan hargai kehidupan kita,,
kadang-kadang kita tak boleh nak judge orang sebarangan,,
sebab kita sendiri tak tahu apa yg telah mereka lalui dalam kehidupan mereka,,
kita xboleh nak samakan kehidupan kita dgn orang lain,,
we are totally have different path of life,,
setiap orang ada takdirnya masing-masing,,
kadang-kadang kita xboleh nak miliki apa yg org lain miliki,,
dan buatkan kita rasa sgt cemburu dgn org,,
tapi mugkin tanpa kita sedari,,
kita juga sebenarnya dicemburui oleh orang lain,,

 only one idea,,
Allah give the best to everyone on what they deserve,,
apa yg dimiliki oleh setiap insan itu adalah apa yg terbaik utk mereka,,
dan hanya Allah yang mengetahui apa yg terbaik utk setiap orang,,
aku suka dengan satu kata-kata yang berbunyi 
" kita takkan miliki sesuatu yang bukan ditakdirkan utk kita walaupun ia sangat dekat "

maksudnya : even kita sudah hampir mencapai sesuatu, klo bukan rezeki kita,
ia akan terlepas juga dari tangan kita
nak bagi contohlah,,konon2 satu ari ada disediakan minuman percuma, semua org yang rasa kata sedap,,dan kita pown teringin nak rasa jugak kesedapannya,, kebetulan semasa kita datang sudah tinggal satu cawan yang terakhir,,dalam ramai2 yg datang kita berjaya mendapatkan cawan tersebut,,tapi belum smpat kita nk minum tibe-tiba org terlanggar dan tumpahlah semuanya,,kita pown xdapat nak rasa even sudah hampir utk berbuat demikian,,(xbestnyer contoh,,haha)

tapi tu lah satu contoh yang bleh dilihat,,yang namanya kehidupan,,
kita takkan dapat lari dari takdir kita,,kita sendiri jugak tak tahu apa takdir kita,,
jgn pernah membenci diri sendiri kerana kita melihat kekurangan pada diri dan kelebihan pada orang lain,,
setiap orang akan merasai kesusahan dan kesenangan mereka,,
setiap apa yang datang tetap adalah ujian baik senang atau susah,,
sbb senang dan susah itu akan sentiasa bergilir,,
Ingatlah Allah sentiasa,,semoga kita terus tabah menerima ketentuannya,,
Bagaimana kita dapat meringankan beban hati ketika menghadapi ujian hidup?
hanya pertalian hati seorang hamba dengan Allah sahaja yang menyebabkan ringannya ujian dan cubaan,,
semoga kita tergolong dalam golongan yang sabar,,

wanna share some good artikel



* : risau jugakk sebab sekarang nie asikk bersenang-senang jerr,,terpk apa kesusahan yang mungkin akan ditempuhi nanti,,semoga kuat dan tabah!

Friday, December 10, 2010

Terima Kasihh!!

klo rasa nk ucapkan sebanyak-banyak terima kasihh,,
aku rasa dia lahh yang paling layakk utk menerima ucapan tersebut,,
sebab klo bukan kerana dia aku x mungkin smpai ke tahap nie,,
klo bukan kerana dia aku x mungkin akan miliki apa yg aku miliki skrg,,
klo bukan kerana dia jugak x mungkin aku bisa terus berdiri,,
terima kasihh,,terima kasihh atas segala yang telah kau beri,,
walaupun terkadang tumpah juga air mata kerana peritnya perasaan,,
namun segalanya terbayarr,,terima kasih! terima kasihh Ya Allah,,
semoga aku terus tabah untuk melangkahh,,


Thursday, December 9, 2010

don't!!

don't hate me because he said he love me!
because

Wednesday, December 8, 2010

witchh!

tgkk cite witch yoo hee!! besttt!! nk boyfriend pandai masakk lahh,, ;)
ada orang kate perangai aku ada ala2 watakk utama dalam citerr nie,,hahh? witchh ke aku nie??? hahaha
klo comel cam pelakonnyerr okehh lahhh,,lalala~

bestnyerr dpt boyfriend pandai masakk,,x hensem bykk hensem skett pown bolehhh,,yg penting pandai masakk,, ;D

suke watakk Moo Ryong dalam cite nie!! like2,, ;)

Saturday, November 20, 2010

i believe,,

MyHotComments.com
MyHotComments

it might hurttt,,but it always will bring something sweeterr,,*smile* ;)

Wednesday, October 27, 2010

hanya Dia,,

" Allah sahaja yang tahu,, ;] "



Tuesday, September 7, 2010

ari-ari terakhir,, ;')

sekejap jer masa berlalu kan,,
bulan puasa sudahh pown smpai ke penghujungnya,,
ari raya pulakk nk muncul tiba,,
pejam celik pejam celikk jerr,,
masa mmg pantas,,
mcm2 dh berlaku dlm bulan mulia nie,,
mcm2 dh aku pelajari,,
sungguh Ramadhan kali nie sgt terkesan dihatiku,,
aku bakal rindu dgn Ramadhan,,
yelahh kan aku pown xsure aku akn berjumpa lagi atau
tak dgn Ramadhan akn dtg,,
segalanya adalah rahsia,,
jadi ari-ari terakhir nie mau digunakan sebaiknya,,, ;)
arini dpt terawih 20 rakaat,,, (bese 8 jer) huuuuu

Wednesday, September 1, 2010

jika ditakdirkan,biarlah yg begini,, ;)

Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberikan kepada seseorang yang boleh bergelar suami, pilihlah seorang lelaki yang;

1.Kuat Pengamalan Agamanya

Ukuran boleh dibuat apakah dia menjaga sembahyang fardhunya biar sesibuk mana, kerap berjemaah dan sembahyang pada awal waktu.

Ukur juga, apakah dia menjaga auratnya dengan memakai pakaian yang sopan terutama sewaktu bersukan.

Mengutamakan pemuda yang kuat pengamalan agamanya ini adalah sunnah Rasulullah s.a.w. kerana baginda menerima pinangan Sayidina Ali, seorang pemuda paling miskin tetapi paling bertakwa untuk menjadi suami anaknya, Siti Fatimah.

2. Baik Akhlaknya

Ketegasannya nyata tetapi sebenarnya dia seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Dia bertutur dengan sopan kerana melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia. Rasulullah s.a.w. bersabda;

"Jika (seorang lelaki) datang (untuk meminang anak perempuanmu) dan kamu berpuas hati dengan agamanya serta akhlaknya,nikahkanlah dia (dengan anak perempuan kamu). Jika hal itu kamu tidak lakukan maka akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang amat luas."

3. Tegas Mempertahankan Maruah
Ukur, apakah dia pernah pergi ke tempat-tempat yang bleh menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya seperti ke tempat-tempat hiburan yang penuh dengan maksiat.

4. Amanah
Selidiki, apakah dia seorang yang tidak pernah mengabaikan tugas yang diberikan kepadanya atau apakah dia pernah menyalahgunakan kedudukannya.

5. Tidak Boros

Dia bukanlah kedekut tetapi seorang yang tahu membelanjakan wangnya dengan bijaksana. Nikmat yang ada padanya seperti makanan boleh dikongsi sama dengan orang-orang lain yang berhak.

6. Tidak Mengelingas Matanya
Perhatikan apakah matanya kerap mengelingas ke arah perempuan lain yang lalu-lalang sewaktu berbicara. Jika begitu, dia seorang yang bermata keranjang dan berbahaya untuk disenaraikan calon suami.

7. Terbatas Pergaulan

Dia tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah menjadi fitnah orang.

8. Siapakah Rakan Pergaulannya

Rakan-rakan pergaulan adalah yang sama sepertinya.

9. Bertanggungjawab
Rasa bertanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh manakah dia menguntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika dia seorang yang agak berada tetapi keluarganya hidup susah,dia bukanlah seorang yang bertanggungjawab.

10. Tenang wajahnya
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Perhatikan, apakah wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Andainya dia seorang yang kelam-kelibut dia bukanlah calon suami yang anda cari-cari.

  • Berbahagialah anda jika dicintai calon suami yang demikian sifatnya. Semoga berbahagia di dunia dan akhirat.
  • Cinta seorang wanita bukan untuk 'buaya-fren' tetapi untuk suaminya yang sah.

Tuesday, August 31, 2010

10 malam terakhir,,

huu,,baru saja menanam citer2,,
nk qiam cari lailatul qadar,,
nk terawihh setiap ari utk seploh arini,,
nk abeskan ngaji sekurang2nyer smpai juzu' 15  (baru sebelas)
tapi arini,???? uwaaaaaaaaa   http://www.emocutez.com

Monday, August 30, 2010

merdeka!

merdeka,merdeka,merdeka,
merdekakan ati dari sifat-sifat buruk,,
merdekakan ati dari perasaan-perasaan yg x sepatutnya,,
merdekakan ati dari perkara-perkara yg menyakitkan,,
hati aku sudah merdeka!

(apa kene-mengene ngn kemerdekaan Malaysia??)

apapun Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yg ke-53,,
saya bangga jadi rakyat Malaysia!! ;)

http://www.emocutez.com


kene tag!

okehhh aku telah ditag olehh saudari payin utk mnjawab soalan2 berikutt,,jadi atas rasa tanggungjawab aku yg telah diberi amanah,,aku jawab lar yerr,,huuuu

1. Apakah yang bermain di minda anda sekarang?

btol ke keputusan yg saya buat nie?? patut ke wat mcm tu?? huuu

2. Apakah nama samaran anda?

hikmah,che'mah,emma,angah

3. Siapakah 3 orang yang paling kamu sayang?

keluarga,rakan2,jiran tetangga,, ;D

4.Panggilan untuk si dia?

xde si dia yg nk dipanggil,,heee

5. Hadiah yang anda impikan dari seseorang yang istimewa?

 saya suka diberi perhatian,, ;)

6. Blog mana yang anda selalu lawat?

Blog2 yg difollow n slalu update,,

7. TAG kan kepada 15 blogger

weed
arina
iekin
awie
fatin
lan
qilah
nazrul
dell
khairiah
dll yg tersenarai dikalangn pengikut2,, ;)

Tuesday, June 22, 2010

Aku kene jawab kuiz,,, :)

saye telahh diberi mandat olehh saudari ikin hamdan utkk mnjawab kuiz ini,,heee saye jwb skang,,,

listkan 23 perkara tntang diri anda.

1. saye rase saye comel,, ๑ramai yg bersetuju,, :D๑
2. sangat suka makan,,mkan adalah hobi saye  ๑tpi xbesar2 gakk,,haihh (- -")๑
3. suka pada mende2 yg unikk dan lain dari yg lain,, :)
4. sangat menggemari kartun mickey mouse  ๑sgt cumel byk dahh koleksi๑
5. favourite kaler ialah kaler oren,,  ๑warna yg sgt ceria,,๑
6. mudahh utkk moody,,  ๑perangai yg sgt x bagus,,masih berusaha utk mengawal๑
7. sgt menggemari aksesori terutama sekali bracelet / gelang tgn,, ๑ada byk smpai kdg2 x terpakai,,hehehe๑
8. pendengarr yg baikkk,, ;D  ๑mari kongsi mslah anda,,๑
9. suka jadi diri sendiri n wat ape mende yg rase nk wat  ๑org x suke,,xde hal larrr,,ada aku kisahh ;p๑
10. x suke berckp bykkk n lbihh sng mendengar dan memerhati  ๑x suka luahkan apa yg ada dlm  hati,,yekerr?? haha๑
11. jarang mndengar radio  ๑sila jgn tnyerr saye lagu2 terbaru yerr,, :D๑
12. sangat suke mengambil berat dan diambil berat,,, ๑bkn berat bdn k,, ;)๑
13. suka main2,, ๑belajar utk serius k!!๑
14. sgt gemarr mmbaca!! ๑buku adalah teman saye,,yeayy๑
15. xsuke benci org sbb x suke dibenci,,, ๑pemaaf aku nie,,lalala๑
16. sangat menghargai org2 yg disayangi  ๑famili n rakan2 ku,,๑
17. luve shoping,shoping n shoping,,, ๑blajar utk berjimat,,beli yg perlu jer๑
18. bkn seorang yg kedekut n suka mnghulurkan bantuan,, ๑klo ada masalah bleh hbungi di talian,,bla bla bla๑
19. mudah terasa,,tpi mls nk lyn perasaan negatif itu,, :)
20. sangat suke berjalan2, bercuti dan bercamping,,, ๑tpi klo dh mls mmg mls nk kemane2,,hehe๑
21. bukan seorang yg lmah lmbut,,i guess  ๑seseorg pernah berkate "cube jadi feminin sket" ;p๑
22. slalu inginkan yg terbaikk,,klo xdpt kdg2 rase geram mcm nk nangis,, ๑tpi bkn mdh mengaku kalah tau
23. suka senyum,,senyum adalah sedekahh ;)  ๑xtau nk berkate2,,senyum jerr,, ;))๑

okehhh setrusnyerrr,,byk lagi,,huuu


1) besides ur lips where is ur favourite spot to get kissed?
pipi maybe,,huu

2) how did u feel when u woke up this morning?
i feel great,,thanks god,, :)

3) who was the last person / people u took a photo with?
my lil brotherr,,sblum nek kete balik dari desaru,,


4) would u consider urself spoiled?
kdg2 kot,,huu

5) will u ever donate blood? 
sangat mahu,,tpi xbolehh sbb berat x ckop,,huaaa ;'(

6) have u ever had a bestfriend who was of the opposite sex? 
yerr,,sdh semestinyer,, :)

7) do u want somebody to be dead?
everyone will die when the time come,,huu

8) what does ur last message say?
"yer,,dpt duk ngn family musti chat sbb happy,, ;)"

9) what are u thinking right now?
apa yg aku nk buat nie?? :D

10) do u want someone to be with u right now?
hmm tidak kot buat masa ini,, :D

11) what was the time u went to bed last night? 
dlm pukul 11 lbihh gtu,,huu

12) where did u buy the tee u are wearing right now?
di sebuah stall di bandaraya melaka bersejarah,,hehe

13) is someone on ur mind right now?
hmm,,i guess,,hihihi

14) who was the last person who text u?
my big brotherr,,hehe

10 insan2 bertuahh untuk menjawab kuiz ini,,,
1. cikk wahida mustapha @ petom
2. cik najwa dalilla @ dell
3. cik fatin afiqah @ atien
4. mr.khairul shazwie @ awie
5. mr.nazrul noorzan @ ***
6. mr.izzul iz'an @ ijoy
7. mr.zulhilmi @ oppa
8. cik puteribonda (xtahu name sbnar,,maap2)
9. mr.wan mohd hazem @ ajim
10. mr. mohd hazwan

* aku xtau nk tag sape sbb bkn ramai follower pown,,ahakzz ,,*

15) who is no.2 having a relationship withh?
dgn mr.dot dot dot,,hehehe :)

16) is no.3 a male or female?
she is female,, :)

17) if no.7 and no.10 get together, would it be good?
warghh!! sgt2 tidakk bolehh k,,haram,, ;D

18) what is no.1 studying about? 
hmm,,klo x silap fizik gunaan kat Usim,,kan petom kan??

19) when was the last time u chatted with them?
hmm,,,ade yg baru sgt,,ade yg dh lame sgt,, :D

20) is no.4 single?
nope,,huhu

21) say something about no.2
kosmate saye,,pesaing yg hebat,, :)
n same2 cumel,,ngeee

22) what do u think about no.3 & no.6 together?
haha,,mereka x saling mengenali pown,,hukk3

23) describe no.9
ahli mpm yg sgt brtanggunjwb mnjaga kebajikan mahasiswa,, :D

24) what will u do if no.6 & no.7 fight?
oii!! senyap sket larr,,,asal gaduh2 nie?? hahaha

25) do u like 8?
;) frenz,,


okehh selesai sudah mnjawab soalan2,,berjam nk pk jwpan,, :D 
org2 yg di tag,,klo rajin sila jwb k,, :)




Friday, April 9, 2010

Mudahnya Mengeluh, Sukarnya Bersyukur


www.iluvislam.com
Air Sungai
mawaryangtinggi


Begitu mudah sekali melontarkan keluhan. Keluhan demi keluhan keluar dari bibir tanpa disedari. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang remeh. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Kita mengeluh dan asyik mengeluh. Andai dapat ditukar setiap bait keluhan itu kepada wang ringgit, pasti terbasmi kemiskinan di muka bumi. Namun hairan, Kita mengeluh tatkala kita ditimbuni dengan pelbagai kesenangan.

Kita mengeluh kerana makanan kegemaran tidak disediakan, sedangkan perut semakin memboyot kekenyangan. Kita mengeluh kerana kepanasan, sedangkan angin semula jadi disediakan tanpa bayaran. Kita mengeluh atas sekelumit kekurangan, sedangkan kelebihan sebanyak buih dilautan dibiarkan.

Allah s.w.t berfirman "Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya" (An-Nahl: 18). Di saat kita tenggelam dalam keluhan diri sendiri, pancaindera kita tidak lagi mampu memainkan peranannya untuk melihat, mendengar, merasai dan menghayati pemberian Allah yang tiada henti-hentinya. Lantaran itu, begitu sukar sekali untuk menyebutkan kalimat Alhamdulillah sebagai tanda kesyukuran seorang hamba kepada khaliqnya. Itulah hakikitnya. Memang manusia sentiasa leka dan lupa. Manusia mempunyai keinginan yang tiada batasan. Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki..Kecuali orang-orang yang bersyukur.

Pada zaman Sayyidina Umar al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah yang maksudnya: "Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit" Doa beliau didengar oleh Sayyidina Umar ketika beliau (Umar) sedang melakukan tawaf di Kaabah. Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas selesai melakukan tawaf, Sayyidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya: "Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?" Pemuda berkenaan menjawab: "Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku (berasa) takut dengan penjelasan Allah seperti firman-Nya dalam surah al-A'raaf ayat 10 yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur" Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit, iaitu (lantaran) terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah" jelas pemuda berkenaan. Mendengar jawapan itu, Umar al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri: "Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu"

SubhanaLlah. Semoga kita semua termasuk ke dalam golongan yang sedikit ini, Amin...

Jadi, sama-samalah kita membina tekad untuk membanteras keluhan dan meningkatkan kesyukuran kerana Dia telah berjanji "Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (Ibrahim: 7) 

Monday, March 22, 2010

rindu mereka~

Allah sebagai Tuhan yang bersifat al-Wahhab bermaksud Yang Maha Memberi. Namun memberi dengan sifat al-Wahhab itu, terkandung di dalamnya lima sifat:

(1) Memberi tanpa meminta apa-apa balasan. Allah, Tuhan yang al-Wahhab itu Maha Kaya, tidak perlu kepada Makhluk. Kerana itulah Allah SWT Memberi dengan sifat-Nya yang al-Wahhab tanpa mengurangkan langsung perbendaharaan-Nya. Percikan sifat al-Wahhab itu Allah limpahkan kepada jiwa ibu bapa kita agar mereka kaya dengan kasih dan sayang. Sayang kepada seorang anak tidak berbeza dengan sayangnya kepada 9 anak yang menyusul kemudian. Anak derhaka, menconteng arang ke muka, mereka masih terus memberi kasih sayang, kerana mereka beroleh kasih sayang Rahmat Allah yang al-Wahhab.
(2) Memberi secara berulang-ulang. Al-Wahhab terus memberi berulang kali, tidak jemu Memberi dan tidak Marah diminta. Percikan sifat inilah yang Allah limpahkan ke jiwa ibu bapa kita. Mintalah susu pada setiap malam di usia kecilmu. Ibu akan bangun meraba dinding mencari cahaya, demi anak yang diberikan hati dan cinta. Dia tidak jemu, bahkan sejurus selepas kita dewasa, diberikannya pula cinta itu kepada adik kecil yang baru menjenguk datang ke hidup duniawi.
(3) Memberi tanpa diminta. Allah SWT Tuhan yang al-Wahhab, memberi tanpa diminta. Hitunglah pada pelbagai yang ada di sekeliling kita. Dia berikan kita wajah yang cantik tanpa kita minta. Dia berikan kita sahabat yang baik, tanpa kita minta dan jangka. Allah itu Maha Memberi dengan sifat-Nya yang al-Wahhab. Sifat inilah yang Allah tanamkan kepada naluri ibu dan bapa. Pelbagai keperluan dan hiasan hidup diberikan tanpa diminta. Ibu mencium dahi, ayah menyapu kepala, semuanya demi sayang mereka kepada kita, sayang yang diberi tanpa diminta.
(4) Memberi sesuatu yang amat berharga. Allah Dia yang al-Wahhab memberi dengan sifat itu perkara-perkara besar yang amat berharga. Dia kurniakan kita dengan sifat al-Wahhab itu, bukanlah hiasan-hiasan dunia yang tidak berharga. Al-Wahhab, dari-Nya datang RAHMAT yang menyelamatkan kita, mengampunkan kita, memelihara kita tanpa menghitung-hitung satu taat dibalas nikmat, satu maksiat dibalas binasa dan kiamat. Peluang demi peluang diberikan. Sehinggalah sampai masa pintu taubat itu Dia tutup atau kita menutupnya sendiri. Semuanya diberikan kerana kita hidup untuk TUJUAN yang besar. Cebis-cebis sifat inilah Allah limpahkan kepada jiwa ibu dan bapa kita. Diberikannya kasih sayang yang tidak mampu diberi walau oleh dua pasangan yang paling bercinta. Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah selama-lama. Semuanya diberi agar kita membesar penuh sempurna, menjadi insan yang berjaya dan mulia.
(5) Memberi sesuatu yang baik untuk menghasilkan kebaikan. Allah jua dengan sifat al-Wahhab memberikan pelbagai kebaikan kepada kita, agar dengan kebaikan itu kita sambut dengan syukur dan taat, berupa khidmat kepada sesama insan. Diberikan-Nya kita harta, agar kita bersedekah. Diberikan-Nya kita ilmu agar kita berdakwah. Diberikan-Nya kita pelbagai yang baik, agar dengannya kita berbuat baik.
Kita mohon agar Allah limpahkan Rahmat-Nya kepada kedua ibu bapa kita. Allah memberikan rahmat itu dengan sifat al-Wahhab-Nya. Dengan itu jualah diberikan-Nya ibu dan bapa kita kasih sayang tanpa syarat untuk anak-anak mereka. Dengan itu jualah mudah-mudahan Allah mengasihani kita tanpa syarat, mengampunkan kita tanpa syarat. Kerana syarat Allah terlalu perkasa untuk disahut oleh hamba yang lemah dan kerdil seperti kita.

 "Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil". Ameen.

Saturday, March 13, 2010

Saturday, March 6, 2010

pillihann,,

huhuhu,,mende yg plg sukarr dlm hidup nie adalahh mmbuat pilihann dan keuputusann,,mane takk nyerrr,,kdg2 kita xtau ape yg akann berlakuu,,bekk ke burukk kann,,hmmm,,ntahh larr,,kdg2 ble nk wat keputusann tuhh rase keliru sgt,,serba salahh,,silap wat keputusan diri yg merana,,kat cnie aqu nk kongsi cerita,,sorang knlan,,die x balikk2,,lame sgt,,dia mendiamkann diri,,xde khabar berita,,bila cuba dihubungi x dpt dikesan,,smpai akhirnya org mula tercari2 n risau..bila hubungi keluarga,,keluarga pown xtauu,,akhirnya bile dpt tau,,die bekerja utkk ape??? utk alsann yg ntahh larr,,aqu sendiri pownn xtauu,,knape die wat keputusan begituu,,ape alsannyerr,,nkk kate family x mmpu?? jwtn parents tinggi,,sgt mustahil,,nk berdikari?? whyy smpaii nk tingglkan belajarr,,whyy mendiamkan diri tnpa berita,,dann yg lebihh mungkinn wat aqu pk knape,knape n knape,,,whyy kerna cinta?? btoll larr kann,,org sanggup berkorban apa sahaja sbb cinta,,hidup n mati nk bersama,,mcm cerita romeo n juliet,,cinta yg trlmpau kdg2 mnybbkan ramai org buat keputusan yg silap dan akhirnya menyesal,,klo tgkk skang nie,,mcmm2 kes,,khalwat, zina,,semuanya sbb terlalu cinta n sayang,,x sanggup kehilangann jadi serahkann sume jiwa dan raga,,tpi sudahnyerr ape??? kehilangann juga,,kehilangann mende yg plg beharga,,"harga diri"..manusia dh x bernilaii,,klo tgkk kess skrg,,bayi2 yg dibuang,dibakar,knk2 didera smpai mati,,seolahh2 manusia tuhh dh xde nilaii,,,dunia akhir zaman kannnn,,bila pk2 balikkk aqu takut sgt,,sgt2 berharap hal2 bgini x jadi kat aqu,," ya Allahh,,jgn izinkann aqu jatuhh ke lmbahh cinta yg murahhh,,biar larr cinta yg lahirr tuhh dtg brtunjangkann cinta kpd mu" aqu xnkk hanyut dlm dunia cinta yg xmnjajnjikann ape2,,huhuhuhu
well,,aqu juga dhh wat keputusan,,stayy awayy,,no more hanging up,,huhuhu mungkin itu yg terbaikk kot,,sukarr nk wat keputusan bgini,,tapii mgkin ini larr caranyerr,,klo teruskann mungkin situasi akan jadi mkin rumitt,,so,,sblum trlmbatt bekk kita elakkan skangg,,aqu xnkk menjadi punca permslhann,,so ape yg dahh berlakuu biarlahh jadi kngann,,sweet memoryy mybe,,huhuhuhu
pasni aqu wat keputusan utk fokus n studyy,,nkk tmbahh ilmu pengetahuann  yg cetekkk nie,,nk cari pengalaman hidup,,biar larrr hidup aqu nie bermkna skett,,plg tidakk biar larr aqu rase x sia2 tuhann izinkann aqu lahirr kat dunia nie,,bykk hal yg aqu belajar dari org sekeliling,,atau mgkin ape yg aqu lalui tu pownn blehh jadi pelajarann untukk aqu,,orng kate belajar dari pengalamann,,hehehehe
well hidup hanye skalii kann,,kite rasa nk watt sume perkara,,tpii bknn berertii sume perkara yg kite rase nk watt tuhh kite lehh watt,,ape yg pnting adalahh pilihann kita,,pilih larrr yg terbaikkk,,once u have made the decision,,stickk on it,,mungkinn kdg2 kite rase pilihann yg kite wat tu salahh tpi tuhann lebihh tahu kann,,sbb die yg mnntukann kita mmbuatt pilihan tuhhh,,so tawakall je larr,,ituu yg trbaikk,, ;))

jadii,,ini pilihann saye!! tulus dari ati,, ;D
zodiak ari ini : "Be faithful in yourself and in your heart -- it will tell you what you need to do" and i think i make it,,, ;))

Tuesday, February 23, 2010

transformasi

bangun di awall pagii,,subuhh yg heningg,,ngahh ketiadaan keje (padahal keje berlambakk2),,amekk mase utk berpk sbntarr,,mengkajii,,mengexplore n mengimbas balikk segala hal yg aq dh lalui sehingga hari nie,,menyedari sgt bykk hal2 yg mengubahh aqu,,bykkk perkara2 yg xpenahh aqu wat,,aqu change! yer btoll tuhh,,tpi,,aq rase perubahnn aqu tuhh jauhh darii diri aqu yg dlu,,bkn brtmbahh baikk,,ttpi bertmbahh2 dari sudut gelap tuhh,,mengimbauu sejarah analogi hidup aqu yg lalu,,sgt bestt,,sgt meriahh,,aq rase bangga ngn diri aqu,,tpi bkn nk kate hdup aqu skrg x bestt,,best juga,,tpi aqu jauhh,,aqu hanyut dlm dunia hidup aqu,,dlmm angann2 kosong yg aqu pk kann hanya utkk memuaskann ati sbb aqu tau ia xkann terjadi,,angann2 yg menunjukkan aqu nie sgt hebat walhal hakikatnyerr aqu bkn sape2 dan tdk punye ape2,,angan2 yg menyatakann aqu xkann penahh kalahh sbb aqu hebatt tpi tuhh cuma angann2,,sbb aqu seringkali tewass dgn pilihan aqu sendiri,,seringkali pilihh arahh yg slahh,,,dann angann2 yg sering watkann aqu lupe utk berpijakk di bumi yg nyata,,so bad! hnyer berangann2 tpi xpenahh berusaha utkk mencapaii sesuatuu,,sumenyerr dlmm mimpi,,setelahh bermuhasabahh diri selama beberapa ketika,,aqu sedarr bykk yg aqu ketepikann semata2 nk hidup dlm dunia angann2 aquu,,aqu jauhh dari org2 keliling,,kuarga,,dan jauhh dari kawan2 yg aqu sygg,,tetiba aqu rasa sangat2 terlalu merindui mereka,,kehidupann yg nyata,,aqu ade mereka!! tpi aqu sering lupa mereka hnya bila aqu msukk dlmm dunia fantasi aquu,,mghabiskann masa dgn angann2 kosong mgharap ia jadi kenyataann tpi tidakk! huhuhu gile!
belajarr?? bkn lagi subjekk utama,,mane pegi smgt aqu utkk belajarr,,keinginan sentiasa utk jadi yg terbaik,,hilang semua,,hlg lntrn terlalu bhgia dlm dunia angan2,,aqu jadi insan yg lupa,,xsedar diri,,hnyut dlm hal2 yg tnpa disedari mmbuatkann aqu jatuhh sedikit demi sedikit,,merendahhkan martabatt aqu hnye untukk menurutkann rase puass,,melakukan hal2 yg xsepatutnyerr,,aqu tersilap langkahh kott,,aq xnkk klahh ngn orgg lenn,,meski aqu lihat itu bkn hal yg bekk,,aqu kritikk mereka,,tpi ituu jua larr aquu sebnarnyerr,,justt x sedar diri jerr,,,silapp aqu!
hmm,,menyedarii hakikatt,,aqu bertekad,,stop!! jgn biarkann diri teruss hidup dlm angann2,,ada perkara yg perlu diubahh,,bkn esokk tpi skarng!! kejarr yg realiti,,fantasi biarkann ditepii,sbb ia mungkin mnjadi realiti,,tpi mgkin juga hnye hrpan palsu,,kosong tnpa ape,,jadi aqu nk jadi diri aqu yg sbnarr,,di bumi yg sbnar,,khdupann yg sbnarr,,aq nk cari mtlamat hidup aqu,,nk mncari apa yg seharusnyerr aqu carii,,kmbali ke titikk asal,,sape aqu sebenarnyerr,,,buangg segala anasir2 ngatiff yg aqu izinkan bertapakk dlm diri,,buang sgala perasaan2 yg xmndatangkann faedahh..hehehe
wishh me luckk! ;))