Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. setinggi kesyukuran ke hadrat Illahi yang mengizinkan usia sepanjang ini. tak sangka dah dua puluh dua tahun. walaupun org masih pandang aku seperti baru berusia dua belas tahun. kekeke. arini? ape yg aku buat arini? huhu mengenang kembali ape yg aku lalui sepanjang 22 tahun hidop ni. mengimbas kembali apa yg berlaku pada 12 ogos sepanjang 22 tahun yg lalu. huhu first thing first, mestilah aku lahir ke dunia kan. hehehe
aku ingat lagi mase kecik kecik dulu. aku selalu jeles dgn budak budak yg dtg skolah bwk kek. bwk goodies bgi kat kawan-kawan sempena bezday dorang. korang tau tak impian budak kecik aku adalah utk mengadakan bezday party? tau tak? tapi dulu hidup family belum sng lagi. jadi tak mampu. ada satu ketika tu aku ajak kwn2 aku dtg rumah pas balik ngaji kate "arini bezday aku, dtglah rumah" well konon-konon mcm ada party besar besaran kan. walhal langsung takde. bile dorang dtg wat muka pelik sbb no cake, no balloons, tapi mujur lah ayah aku ok, buatkan air oren, dan hidangkan jajan-jajan ape yg ada kat umah. dah lah mase tu mak aku bru je bersalin adik aku yg no 5 mase lapan ogos. see, betapa eagernyer seorang aku utk mempunyai bezday party. *kes pengaruh cerita tv juga mungkin*
pengalaman mengajar kan. bila aku dah besar sket, aku pown dah paham kedudukan family time tu. so takdelah mengharap sgt. cukoplah bile parents beli kek kecik, nyanyi lagu bezday, wat air oren utk family ajer. takde party besar2 pown takpe. yg penting dorang tak lupa bezday aku. hehe tapi mase aku darjah lima, impian aku nk adakan birthday party tercapai juga. dua kali parents aku buat sambutan hari jadi utk aku. tapi since bezday adik2 perempuan aku tak bape jauh dgn aku, jadi kitorang sambut sekali. bygkan betapa seronoknyer aku mase tu. rase mcm impian kanak-kanak aku tercapai. walaupun hanya dua kali, aku dah rase cukop, at least pernah buat party besar-besaran kan. walaupun takdelah besaran mane. kos mahal tuu. hehehe
bila dah masuk skolah menengah, takdelah nk ada bezday party sgt. maklumlah dah besar konon-kononya. lagipown time tu dah duk ostel. so life byk bersama dgn member-member ostel. but apa yg aku tak boleh lupa time bestfriend2 aku buat suprise party. aku tak expect pown. lagipown aku kan jenis yg tido awal, so mcm bese lah tido awal. pastu member aku kejut ajak pegi dorm die konon2 nak bagi something. die bagi kad, then ajak aku lepak dekat meja batu. bila sampai jer, *suprised!!* aku tak tau aku pk ape, rase seronok, eksaited, terharu sume ada. ada kek, mee ngan air sirap kantin, dan kad bezday bunyik bunyik. haha mmg aku treasure sgt ape yg dorang buat time tuuu. mmg aku tak pernah dan tak akan lupa kot. seriusly.
then, bila masuk zaman universiti mase diploma. dekat u mmg bese lah budak budak yg sambut bezday kena prank. kena baling bedak, baling tepung, baling telur, baling air. nasib baik aku tak pernah kena baling telur. mujur lah jugak kawan-kawan aku kat bukan jenis yg kejam harok. so, guna menda bese2 je, tepung, bedak, air. ada tuu aku dgr siap kena air milo basi. euwwwww. tapi yg plg ingat time kelab foto buat suprised juga. as usual, mlm tu ada kelas foto. tak expect pown. suddenly jer ada montaj for me, and then cake and present. dlm montaj tu pulak rekod perbualan budak budak ni dgn mak aku. touchy kot. lagi unexpected. thanks a lot kepada kwn2 foto n juga big bro yg buat montaj tu. masih ada lagi kot cdnye. kang nak tgklah. mengimbau kenangan. hehehe
itulah antara peristiwa peristiwa manis yg berlaku mase 12 Ogos. yg paling aku ingat dan takleh lupa. kenangan-kenangan terindah aku. hehe mengimbau kembali semua yg aku dah lalui sepanjang 22 tahun hidup ni. All the blood and tears, all the hard time, all the sweet things, all the laugh and smiles, all the achievement i avhieved, all the things i want that i can and can't have, and all the things that i face through, there is no other else to be thanked for. Thank you Allah for all the blessing during this 22 years journey. harapan aku, semoga usia yg berbaki dapat aku gunakan utk terus berbakti dan menyumbang. dan menjadi insan yg terbaik. Insya'Allah :)
No comments:
Post a Comment