Friday, August 17, 2012

Yang terakhir. T_T

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. selesai juga menunaikan solat terawih yg terakhir utk tahun ini. ye. yang terakhir. bila mengenangkan ini adalah yg terakhir. tiba-tiba terasa sayu pula. sayu mengenangkan Ramadhan yang mulia bakal melabuhkan tirai nye. bakal meninggalkan kita utk satu tempoh yg panjangnye setahun. setahun tau. setahun yg macam macam boleh berlaku didalamnya.

bila dikenang kenang, adakah kita telah memanfaatkan Ramadhan kali ni dengan sebaiknya. adakah segala amal ibadah, bahkan puasa kita diterima oleh Allah ataupun hanya sekadar sia-sia. adakah kita telah menjadi insan yang lebih baik dari yg sebelumnya. dan yg paling penting adakah kita masih berpeluang utk bertemu lagi dengan Ramadhan yg mulia ini atau barangkali ini yg terakhir buat kita. ye yang terakhir. sebak bila memikirkannya. terasa basah pipi.

besok adalah hari terakhir dalam bulan Ramadhan. seterusnya kita akan menyambut pula hari kemenangan iaitu Syawal yg sering sahaja dinanti-nanti. persoalannya adakah kita layak utk menyambut kemenangan itu atau hakikatnya kita masih lagi kalah kerana Ramadhan yg berlalu langsung tidak terkesan buat diri kita. Ya Allah, terimalah segala usahaku dalam bulan Ramadhan ini, dan izinkan aku utk bertemunya semula. sungguh Ramadhan bakal dirindui lagi.

besok akan pulang ke kampung utk beraya bersama nenda tercinta. satu-satunya nenda yg tinggal. ye yang terakhir juga. justeru utk semua yg pulang berhari raya, aku nak ucapkan Selamat menyambut hari raya bersama insan-insan tersayang. Mohon maaf atas segala keterlanjuran kata dan tingkah laku. moga sama-sama dapat menjadi insan yg lebih baik. Salam Lebaran utk semua~





1 comment:

MalizaMah said...

saja singgah sini.......
salam lebaran.