sekarang ni masing-masing ngah nak mood final exam kan,,for sure mesti ramai yg stress lagi2 bila chapter lum fully cover,,don't worry bebehh,,kat cni aku senaraikan sedikit petua-petua yang boleh diamalkan sewaktu menghadapi stress,,harap-harap dapat membantu lahh yerr (^__^)v
anyway GOOD LUCK untuk yg bakal menghadapi peperiksaan,,utk diri sendiri juga,, ;)
1. BERTENANG
dapat menghentikan stress di peringkat permulaan.
2. BERNAFAS SECARA DALAM
pernafasan melalui abdomen adalah pernafasan terbaik. Bernafas dengan perlahan, panjang dan lebih dalam.
3. BERKATA : " RILEKS LAH.."
kata-kata ini dapat membantu mententeramkan perasaan.
4. BERIBADAT, BERZIKIR DAN BERDOA
dapat memberi sokongan emosi dan melegakan perasaan.
5. BERKONGSI PERASAAN / MASALAH
kongsilah masalah atau perasaan dengan orang yang dipercayai seperti ahli keluarga atau kawan-kawan.
6. BERURUT
dalam keadaan stress, otot leher, kepala dan bahu akan tegang tanpa disedari. Berurut dapat melancarkan peredaran darah.
7. BEREHAT DAN MENDENGAR MUZIK
rehatkan minda dengan mendengar muzik yang lembut dan perlahan.
8. BERIADAH
lakukan aktiviti riadah yang disukai seperti berenang, berkelah, mendaki bukit/gunung atau melakukan hobi yang disukai. [ *berfrisbee* ;D ]
9. BERSENAM
bersenam dapat meningkatkan pengeluaran hormon endorfin yang dapat mengurangkan ketegangan otot yang stress.
10. BERFIKIRAN POSITIF
lihatlah kebaikan dalam mana-mana situasi yang bersifat negatif. Tumpukan kepada perkara yang boleh dilakukan dalam situasi tersebut.
selamat mencuba! ;)
1 comment:
nak tambah lagi satu..
buka fb jap.. hehehe
mai baca entry baru..
Hidup umpama layang-layang
Post a Comment