Saturday, November 10, 2012

Shark Alarm open.

hai dear bloggistt, lama sudah tak bersua kan. well tak sempat nk menulis. or dlm erti kata lain, tak tau nk menulis apa. hihihi recently, eh recently ke? hmm beberapa minggu yg lepas lah, almost 3 weeks ago aku join tourney frisbee. err frisbee lagi kan? haha well aku suka citer pasal frisbeee. sukati lah kan. hehe

tourney kali ni kat Shah Alam. this is first open tourney yg aku seriusssss sgt nak main. acually i really really want to play well and win. semangat lah kononnya kan. huhu tapi mungkin nasib tak menyebelahi. dgn tak cukop preparation dan pelbagai dugaan yg menimpa sebelum pergi kan. tapi apa pown seronokk sbb aku dah all out. mungkin lepas ni kena kerja keras sket utk improved bahagian bahagian yg kurang. tapi tak sure lah lepas nie dorang nk hantar team lagi ke takk. since everybody pown dah tak semangat jer. tinggal aku sorang jer yg asikk nak main. so sad :( kalo dorang sume dah taknak main, mungkin aku bawa diri masuk team lain maybe? hihihi tak kisah lah mcm mane. apa pownn i Love to play frisbeeee ever >.<

this is the team #Predator #loveever

Friday, September 14, 2012

Aidilfitri. 2012

Syawal bakal melabuhkan tirainye beberapa hari lagi. sekejap je rase. sekejap jer Ramadhan berlalu, kini Syawal pown bakal meninggalkan kita kan. hehe mcm mane aidilfitri semua? mesti best kan? aku rase aidilfitri kali ni lah aku plg puas sekali beraya. sebabye dapat beraya kat kampung, dapat pegi ke rumah sedare mare, dapat beraya bersama rakan-rakan skolah yg dah bertahun tak jumpa. mmg puas lah. raya sakan. hope hari raya korang pown seronok seronok belaka yer. tak mahu bercakap banyak. just nak share foto suasana riang ria beraya tahun nie. :)




hari raya bersama keluarga di kampung dan rumah saudara mara :)



konvoi raya with rakan-rakan SMKAS. pegi wedding Izzah ngan Nabilah skali. konvoi plg best. dua puluh dua kereta tauu. seronok dapat jumpa bestieee aku yg bertahun tak jumpa tuu.



ni beraya bersama bestiee aku from SMKAJB. dua hari tau. in JB and BP. Asal gambar yg atas tu aku nampak gemokk =.="


supposed sampai dekat wedding Pijie. our coach for Frisbee. tapi kereta rosakk. wuwuuuu sedih. konvoi raya yg tergendala. not much picture. huhu


macam macam kenangan manis pahit dalam raya 2012 nie. semoga berpeluang utk menikmati kemeriahan hari raya lagi~ :)♥ 

Friday, August 17, 2012

Yang terakhir. T_T

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. selesai juga menunaikan solat terawih yg terakhir utk tahun ini. ye. yang terakhir. bila mengenangkan ini adalah yg terakhir. tiba-tiba terasa sayu pula. sayu mengenangkan Ramadhan yang mulia bakal melabuhkan tirai nye. bakal meninggalkan kita utk satu tempoh yg panjangnye setahun. setahun tau. setahun yg macam macam boleh berlaku didalamnya.

bila dikenang kenang, adakah kita telah memanfaatkan Ramadhan kali ni dengan sebaiknya. adakah segala amal ibadah, bahkan puasa kita diterima oleh Allah ataupun hanya sekadar sia-sia. adakah kita telah menjadi insan yang lebih baik dari yg sebelumnya. dan yg paling penting adakah kita masih berpeluang utk bertemu lagi dengan Ramadhan yg mulia ini atau barangkali ini yg terakhir buat kita. ye yang terakhir. sebak bila memikirkannya. terasa basah pipi.

besok adalah hari terakhir dalam bulan Ramadhan. seterusnya kita akan menyambut pula hari kemenangan iaitu Syawal yg sering sahaja dinanti-nanti. persoalannya adakah kita layak utk menyambut kemenangan itu atau hakikatnya kita masih lagi kalah kerana Ramadhan yg berlalu langsung tidak terkesan buat diri kita. Ya Allah, terimalah segala usahaku dalam bulan Ramadhan ini, dan izinkan aku utk bertemunya semula. sungguh Ramadhan bakal dirindui lagi.

besok akan pulang ke kampung utk beraya bersama nenda tercinta. satu-satunya nenda yg tinggal. ye yang terakhir juga. justeru utk semua yg pulang berhari raya, aku nak ucapkan Selamat menyambut hari raya bersama insan-insan tersayang. Mohon maaf atas segala keterlanjuran kata dan tingkah laku. moga sama-sama dapat menjadi insan yg lebih baik. Salam Lebaran utk semua~





Sunday, August 12, 2012

Another 12 August.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. setinggi kesyukuran ke hadrat Illahi yang mengizinkan usia sepanjang ini. tak sangka dah dua puluh dua tahun. walaupun org masih pandang aku seperti baru berusia dua belas tahun. kekeke. arini? ape yg aku buat arini? huhu mengenang kembali ape yg aku lalui sepanjang 22 tahun hidop ni. mengimbas kembali apa yg berlaku pada 12 ogos sepanjang 22 tahun yg lalu. huhu first thing first, mestilah aku lahir ke dunia kan. hehehe

aku ingat lagi mase kecik kecik dulu. aku selalu jeles dgn budak budak yg dtg skolah bwk kek. bwk goodies bgi kat kawan-kawan sempena bezday dorang. korang tau tak impian budak kecik aku adalah utk mengadakan bezday party? tau tak? tapi dulu hidup family belum sng lagi. jadi tak mampu. ada satu ketika tu aku ajak kwn2 aku dtg rumah pas balik ngaji kate "arini bezday aku, dtglah rumah" well konon-konon mcm ada party besar besaran kan. walhal langsung takde. bile dorang dtg wat muka pelik sbb no cake, no balloons, tapi mujur lah ayah aku ok, buatkan air oren, dan hidangkan jajan-jajan ape yg ada kat umah. dah lah mase tu mak aku bru je bersalin adik aku yg no 5 mase lapan ogos. see, betapa eagernyer seorang aku utk mempunyai bezday party. *kes pengaruh cerita tv juga mungkin*

pengalaman mengajar kan. bila aku dah besar sket, aku pown dah paham kedudukan family time tu. so takdelah mengharap sgt. cukoplah bile parents beli kek kecik, nyanyi lagu bezday, wat air oren utk family ajer. takde party besar2 pown takpe. yg penting dorang tak lupa bezday aku. hehe tapi mase aku darjah lima, impian aku nk adakan birthday party tercapai juga. dua kali parents aku buat sambutan hari jadi utk aku. tapi since bezday adik2 perempuan aku tak bape jauh dgn aku, jadi kitorang sambut sekali. bygkan betapa seronoknyer aku mase tu. rase mcm impian kanak-kanak aku tercapai. walaupun hanya dua kali, aku dah rase cukop, at least pernah buat party besar-besaran kan. walaupun takdelah besaran mane. kos mahal tuu. hehehe

bila dah masuk skolah menengah, takdelah nk ada bezday party sgt. maklumlah dah besar konon-kononya. lagipown time tu dah duk ostel. so life byk bersama dgn member-member ostel. but apa yg aku tak boleh lupa time bestfriend2 aku buat suprise party. aku tak expect pown. lagipown aku kan jenis yg tido awal, so mcm bese lah tido awal. pastu member aku kejut ajak pegi dorm die konon2 nak bagi something. die bagi kad, then ajak aku lepak dekat meja batu. bila sampai jer, *suprised!!* aku tak tau aku pk ape, rase seronok, eksaited, terharu sume ada. ada kek, mee ngan air sirap kantin, dan kad bezday bunyik bunyik. haha mmg aku treasure sgt ape yg dorang buat time tuuu. mmg aku tak pernah dan tak akan lupa kot. seriusly.

then, bila masuk zaman universiti mase diploma. dekat u mmg bese lah budak budak yg sambut bezday kena prank. kena baling bedak, baling tepung, baling telur, baling air. nasib baik aku tak pernah kena baling telur. mujur lah jugak kawan-kawan aku kat bukan jenis yg kejam harok. so, guna menda bese2 je, tepung, bedak, air. ada tuu aku dgr siap kena air milo basi. euwwwww. tapi yg plg ingat time kelab foto buat suprised juga. as usual, mlm tu ada kelas foto. tak expect pown. suddenly jer ada montaj for me, and then cake and present. dlm montaj tu pulak rekod perbualan budak budak ni dgn mak aku. touchy kot. lagi unexpected. thanks a lot kepada kwn2 foto n juga big bro yg buat montaj tu. masih ada lagi kot cdnye. kang nak tgklah. mengimbau kenangan. hehehe

itulah antara peristiwa peristiwa manis yg berlaku mase 12 Ogos. yg paling aku ingat dan takleh lupa. kenangan-kenangan terindah aku. hehe mengimbau kembali semua yg aku dah lalui sepanjang 22 tahun hidup ni. All the blood and tears, all the hard time, all the sweet things, all the laugh and smiles, all the achievement i avhieved, all the things i want that i can and can't have, and all the things that i face through, there is no other else to be thanked for. Thank you Allah for all the blessing during this 22 years journey. harapan aku, semoga usia yg berbaki dapat aku gunakan utk terus berbakti dan menyumbang. dan menjadi insan yg terbaik. Insya'Allah :)







Tuesday, July 31, 2012

Friday, July 27, 2012

Tintec T-test '12

halu halu. hai. pos tertunda. akhirnya ada juga mase nak update disini. dah dkt dua minggu program tintec nie berlalu. best! bkn best sbb ape. best sbb dapat family angkat yg best. hehe kalo ikotkan aktiviti yg dijalankan, aku rase xsume aktiviti aku join. kekeke plg best fixie ngn sukaneka jer. itupown yg aku fully involved. lain lain takde. haha aku excited pegi tintec ni bukan sbb ape, sbb dia buat kat Terengganu jer. actually aku mmg dah lame teringin nak pegi Terengganu. cuma takde alasan jer nak ke sane. hehe lagi satu, Terengganu lah satu-satunyer negeri kat semenanjung yg aku belom pernah jejak. sbb tu lah excited. hehe

memandangkan aku masuk under KSR. so aku join aktiviti berkaitan sukan jer. mula-mula konvoi fixie. actually aku nk naik fixie, tpi tetiba fixie tak cukop pulak. last last aku naik motor. tapi aku tgk bdk naik motor lagi ramai dari naik fixie. kekeke after that kena handle explorace pulak. mcm2 ragam. tapi org kampung paling sempoi. enjoy jer. mlm pulak ada malam kebudayaan. kitorang kena buat persembahan. budak KSR buat muzikal pentomen aci aci bukak pintu. aku ngn dell pegang watak penting. jadi pintu. haha tpi not bad juga lah persembahan tuh.

family aku best. suka bawak jalan. aku dpt sama family dgn nana. nasib org dah kenal. :D ari first dorang bawak kitorang pegi makan nasi dagang, pastu pegi jalan area pasar payang. ari kedua pulak, bawak pegi mkn kat kedai air gelas besar. kat sini aku try rasa mkn laksa Terengganu. sedap!! mase kat sini, aku makan masakan Terengganu jer. aku plg suka bubur lambuk. sedap gilerrr. bertambah2 aku makan. tapi aku tak minat rojak kateh. huk huk lepas mkn, dorang bawak pusing2. dpt lah aku tgk stadium yg runtuh, pastu UMT dan juga Unisza. bkn sng nk sampai sini kan. hehe kalo ikotkan byk tmpat dorang nk bawak jalan, tapi disebabkan terikat dgn aktiviti yg ditetapkan, takde mase nak jalan. itupun dua malam tu kitorang ponteng tak pegi aktiviti. kekeke

family aku ni ada bela lembu. aku sebenarnye nak tau mcm mane nk menguruskan lembu nie. ada cite-cite nak ternak lembu tau. hehehe tapi bzy dgn aktiviti. nk tlg basuh kandang pown tak dapat. dapat lawat sekejap jer. huhu mak angkat aku ckp, kalo nk puas jalan sane, kena stay plg kurang seminggu. aku mmg berniat nak ke sane lagi. nak pegi pulau-pulau pulak. Insya'Allah kalo panjang umur dan ada bajet. aku mmg suke cuti-cuti Malaysia nie. hehehe ape pown mmg pengalaman yg seronok. :)

mls nk tulis panjang2. nak share gambar sket sket :D


actually ni konvoi fixie, tapi yg naik motor lebih ramai. termasuk lah aku XD

rojak kateh.

air gelas sederhana plus laksa Terengganu.

team KSR.

kandang lembu.

kami bersaudara.

with parents angkat. *bersinar sgt background =.=*

cenderamata dari mak.



Saturday, July 21, 2012

Bulan yg dirindu.

Ramadhan kembali membuka tirai. Alhamdulillah Allah panjangkan umur untuk bertemu lagi dgn Ramadhan yg mulia dan penuh keberkatan nie. mudah-mudahan 30 hari ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya. sama-sama lah kite mengusahakan yg terbaik. salam Ramadhan utk semua :)